Quantcast
Channel: Malaysian Sports' Loose Cannon
Viewing all 72 articles
Browse latest View live

Nazar Rahim - wira yang tidak didendang

$
0
0

Pagi Isnin yang lalu, aku dikejutkan dengan kiriman mesej menerusi sistem whatsapp daripada Zainal Abas, guru olahraga di Sekolah Sukan Bukit Jalil yang juga penyampai dan pengulas sukan Astro Supersport satu ketika dulu. Dia memaklumkan berita sedih kembalinya ke rahmatullah Mohd Nazar Abdul Rahim, jurulatih balingan.

Nazar meninggal dunia akibat komplikasi jantung, meninggalkan isteri dan dua puteri. Baca di sini

Selepas rakaman Kafe Sukan bersama juara Piala Malaysia Pahang, aku menziarah jenazah. Sempat mengambil wudhu dan solat jenazah sebelum dibawa ke tanah perkuburan.

Balunya Khairul Bariah Mohd Adam menyebut: "I will miss him...please do not forget him..."

Sukan olahraga di negara ini satu ketika dahulu glamor. Bayangkan Marina Chin bukan saja juara lari berpagar bahkan menjadi model iklan scooter...

Siapa tidak kenal M. Jegathesan yang berusia 70 tahun Sabtu lalu?

Zaki Sadri, Nur Herman Majid, Watson Nyambek dan Azmi Ibrahim membuatkan olahraga meniti di bibir peminat sukan...

Akhbar dan televisyen konsisten membuat liputan.

Di antara trek dan padang, tumpuan lebih berpusat kepada acara trek.

Acara seperti baling tukul besi, rejam lembing, lempar cakera dan lontar peluru jarang-jarang diberi liputan meluas tetapi masyarakat terdedah kepada disiplin berkenaan kerana adanya Nashatar Singh, M. Dattaya, Ballang Lasung, Yazid Imran, Arjan Singh, Nazar dan Wong Tee Kue merentasi beberapa dekad.

Nazar yang kukenali seorang yang ceria dan tidak lokek senyuman. Sesuai tubuh besarnya sebagaimana Tee Kue, wira kasut usang, yang juga dikenali sebagai gentle giant.

Mereka tampil pada lewat 80-an dan mencapai kemuncak pada 90-an di saat aku bertatih dalam dunia kewartawanan.

Pahit jerih mereka dirakamkan. Kemudian mereka diletakkan di bawah pengawasan jurulatih dari Russia, Oleg Dmitrousenko. Nazar dan atlet Sabah, Petira Ghani, bersaing hebat untuk mengetepikan senior Arjan Singh, juara dua kali Sukan SEA.

Rekod kebangsaan milik Arjan yang dicatat pada 1989 dipecahkan oleh Petira menerusi balingan 16.26m pada Oktober 1994 tetapi ia kemudian dihapuskan pula oleh Nazar di Terbuka Perak pada Ogos 1995 dengan lontaran sejauh 16.50m sebelum mencatat rekod terbaiknya 16.67m di Terbuka Pulau Pinang seminggu kemudian.

Pingat perak di Sukan SEA Chiangmai pada Disember 1995 menjadi hadiah bermakna buat Nazar. Seterusnya bergelut dengan kecederaan dan prestasi merudum, Nazar gagal mengulangi pencapaiannya.

Pada usia 30 tahun, Nazar didapati menghidap masalah lemah jantung. Ku tulis berita di bawah pada Oktober 2001.

WHILE some were still basking in the country's success in the recent SEA Games, shot putter Mohd Nazar Rahim was fighting for his life.

The 30-year old national athlete suffered a heart attack on Saturday, a day after competing in the Government Services Sports Council (Maksak) meet in Lumut.

The BSN employee who was dropped from the SEA Games squad, was warded in the Cardiac Care Unit (CCU) at Sri Manjung Hospital for two days. According to Nazar's wife, Khairul Bariah Mohd Adam, the shot putter complained of chest pains after taking part in the discus event on Friday.




Selepas bersara daripada olahraga, kakitangan Bank Simpanan Nasional (BSN) itu diserapkan sebagai jurulatih pembangunan sebelum menjadi jurulatih elit. Kami kerap bertembung di medan selera kerana anak-anak kami bersekolah yang sama, Nazar mencadangkan agar sukan olahraga lebih kerap dibincangkan dalam Kafe Sukan.

Perbualan kami yang terakhir apabila Nazar terlantar di hospital dan aku memberitahunya aku akan melawatnya - tapi janji itu tidak aku tunai.



Selepas Asar, jenazah Nazar selamat disemadikan, dimasukkan ke liang lahad oleh anak buahnya belaka. Di tanah perkuburan yang menyimpan jenazah Mokhtar Dahari dan Sardar Khan Hyder Khan, dua jagoan bola sepak 1970-an


Rupa-rupanya Nazar bersepupukan Hassan Sazali Waras (berbaju hitam), penolong jurulatih Harimau Muda A yang bergegas pulang dari kempen Piala BIDC di Kemboja untuk memberi penghormatan terakhir. Berdiri kiri Cikgu Suhaimi Sun Abdullah orang kuat Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ)


Hassan menceritakan dia dibela oleh ibu Nazar. Enam tahun kemudian barulah Nazar lahir. Hassan di tengah dan pemenang pingat emas Paralimpik Ziyad Zolkifli (kanan)


Turut sama mengiringi jenazah ke kubur dua bekas pakar pecut Hamberi Mahat, Azmi Ibrahim dan adiknya Zaami (baju merah) serta jurulatih olahraga Suhairi Yang


Ketika terlantar di hospital, Nazar tidak henti-henti menerima pelawat. Diberi perangsang oleh pemenang pingat Sukan SEA dan anak didiknya, Adi... 


Termasuk bekas rakan seperjuangan Zaki Sadri, Yazid Parlan dan Azhar Hashim (FB Nazar)


Di zaman kegemilangan olahraga, Nazar di tengah...(FB Mysukan)


Hassan juga menceritakan Nazar pemain bola sepak peringkat Piala Rahman. Perak muncul juara MSSM Bawah 18 tahun atau Piala Rahman pada 1988, dengan Nazar selaku bek kanan. Antara rakan sepasukannya Lim Seng Kong, L. Suresh dan Chong Kim Boon - ketiga-tiganya menyarung jersi pasukan kebangsaan. (FB Nazar) 


Tentunya pemegang rekod kebangsaan Adi Aliffudin Hussin yang bersiap menghadapi Sukan SEA di Myanmar bersedih atas pemergian mentornya yang mengasah bakatnya sehingga mencatat jarak 17.53m di Sukan SEA Palembang 2011. Sebelah Adi ialah Norsham Yoon, perejam lembing era 80-an 

Pada keluarga Nazar, ku ucapkan takziah atas pemergian orang tersayang. Juga kepada keluarga olahraga tempatan. Sudahlah suasananya suram, pemergian Nazar pula ibarat awan mendung yang melitupi olahraga negara.

Yang pasti, Nazar, sekalipun seorang anak tunggal, mempunyai ramai adik-beradik di kalangan rakan seperjuangannya.

Mohd Nazar Abdul Rahim - wira yang tidak didendang namun namanya sentiasa harum di kalangan pengamal olahraga.

Daripada Allah kita datang, kepada Allah kita kembali. Semoga rohnya tenang di sana.

Al-Fatihah.


Kejayaan Pahang di tiga era berbeza

$
0
0
Sedikit perkongsian buat generasi muda hari ini.

Pahang muncul juara Piala Malaysia sebanyak tiga kali, secara kebetulan ketika aku melalui fasa berbeza dalam hidup aku.



Blog Muzamir Hasan di MZMR Pahang FA Collection di sini

7 Mei 1983

SELANGOR 2
PAHANG 3

INI tahun penting dalam bola sepak Malaysia.

Anak jati Selangor Zainal Abidin Hassan ditukar posisi daripada bek kanan kepada penyerang hasil ilham Frank Lord sesudah berhijrah ke Pahang.

Monopoli Selangor dan Singapura ke atas Piala Malaysia sejak 1975 dipecah oleh Pahang, negeri Pantai Timur pertama muncul juara sesudah percubaan terdahulu Kelantan dan Terengganu terkandas di peringkat akhir. Pengadilnya pula Othman Kamaluddin, seperjuangan dengan Ayahku sebagai pengadil di Johor.

Aku sekadar menonton dari kaca TV. Pahang diperkuatkan oleh bek kanan lincah Jamal Nasir Ismail, ditemani tonggak Singapura, Terry Pathmanathan dan anggota skuad Olimpik 1980, D. Devandran. Kaki kiri R. Suriamoorthy pula membekalkan peluang buat tiga serangkai penggempur Pahang, Yunus Alif, Hamidon Abdullah dan Zainal.

Bagi Selangor pula, jentera serangannya diterajui K. Rajagobal di saat Mokhtar Dahari, dibelenggu kecederaan lutut, sudah bersedia mengumumkan persaraannya pada usia 29 tahun 6 bulan.

Pahang mendahului 1-0 pada minit ke-20 apabila sepakan sudut Abdah Alif gagal dikeluarkan dengan baik oleh Wong Hung Nung, lalu Hamidon Abdullah bingkas mengelirukan penjaga gol, R Arumugam.

Perlawanan diheret ke masa tambahan sejurus Santokh Singh menghalakan umpanan kepada Reduan Abdullah yang kemudian melorongkan kepada Khan Hung Meng bagi menewaskan penjaga gol, Sanusi Daud.

Zainal menjadikan kedudukan 2-1 selepas rembatan Hamidon muntah daripada dakapan Arumugam sebelum lorongan Zainal membebaskan T Pathmanathan untuk memastikan Pahang muncul juara buat kali pertama. Selangor merapatkan jurang menerusi pemain gantian Mokhtar lapan minit sebelum perlawanan tamat tetapi segala-galanya sudah terlewat buat Selangor. Semua ini berlaku sehari sebelum pakar perseorangan Icuk Sugiarto yang terkenal dengan backhand smash, dijadual beradu kekuatan dengan Liem Swie King dalam Kejohanan Badminton Dunia di Copenhagen!

Liga Inggeris pula dikuasai Liverpool yang mengucapkan selamat tinggal buat Bob Paisley - pengurus terbaik penghujung 70-an - untuk diganti oleh Joe Fagan.

PAHANG: Sanusi Daud, Jamal Nasir Ismail, Tajuddin Nor, Nordin Mohamad, D Devandran, T Pathmanathan, Abdah Alif, R Suriamoorthy, Hamidon Abdullah, Yunus Alif, Zainal Abidin Hassan.
SELANGOR: R Arumugam, Lim Teong Kim, Santokh Singh, R Subramaniam, Wong Hung Nung, Reduan Abdullah, Jamaluddin Norbit, K Kanagarajah (Mokhtar Dahari), Razali Alias, K Rajagobal, Khan Hung Meng.



Wira final 1992 Zulhamizan (kanan) mengucup piala di samping Mike Brown. Harian Metro, ihsan Osman Jaafar


14 November 1992

PAHANG 1
KEDAH 0

TIDAK sampai dua minit, layar markah di Stadium Merdeka menunjukkan Pahang 1 Kedah 0.

Final yang aku nanti-nantikan sebagai wartawan yang julung kali ditugaskan membuat liputan, itupun bukan untuk akhbar utama Berita Harian tetapi buat sisipan Jaguh.

Bermula dengan Piala Sumbangsih, Pahang merangkul gelaran Bahagian Satu, Piala Fair Play Bahagian Satu dan melengkapkan musim gemilang buat Pasukan Impian bimbingan Mike Brown, satu ketika penolong Ron Atkinson di Manchester United.

Jaringan tunggal dicatat Zulhamizan Zakaria dalam situasi yang amat pelik.

Alan Davidson melambungkan bola dari kawasannya sendiri dan sekalipun benteng Kedah yang diterajui Lee Kin Hong tersilap memasang perangkap ofsaid, situasi seolah-olah dalam kawalan Azmi Mahmud yang meluru menyambut bola. Namun seluruh stadium terkejut apabila Azmi melompat tetapi terlepas bola lalu membuka ruang luas buat Zulhamizan menolak bola ke gawang ketika perlawanan berusia 1 minit 48 saat!

Zulhamizan yang bertindak selaku flanker kiri , dipilih pemain terbaik perlawanan, sedangkan undian wartawan yang membuat liputan jatuh kepada Davidson.

Kesudahannya barangkali sudah dijangka berkat doa penyokong Pahang dan khususnya Ahmad Yusof yang mengimamkan solat Maghrib beberapa minit sebelum sesi memanas badan di surau dalam Stadium Merdeka, terletak di sebelah kiri jika anda masuk dari pintu utama.

Selepas final, aku turun ke trek dan melihat dengan dekat kekecewaan Kedah sambil Pahang meraikan kejuaraan kedua selepas sembilan tahun. Wiranya pula Zulhamizan yang turut beratur menyambut wira-wira 1983 di tepi jalan di Kuantan.

Beberapa bulan sebelum itu Malaysia meraikan kejayaan merangkul Piala Thomas! Euro 92 pula menyaksikan pasukan bidan terjun Denmark melengkapkan laluan gemilang muncul juara di Sweden!

PAHANG: Khairul Azman Mohamad, Alan Davidson, Sallahuddin Che Rose, Borhan Abu Samah (Osaimi Jalil), Azaruddin Aziz, Zulhamizan Zakaria, Mubin Mokhtar, Ahmad Yusof, Fandi Ahmad, Dollah Salleh, Zainal Abidin Hassan.
KEDAH: Azmi Mahmud, Lee Kin Hong, Olubunmi Adigun (Saziman Ismail), Lee Thean Ewe, Manja Man, Tibor Szaban, Radhi Mat Din, Jelani Wilastra (Aziz Azizan), Norazam Ishak, Faridzuan Che Hamid, Peter Nieketien.
Pengadil: Mohd Nazri Abdullah (PP).






3 November 2013

Aku tidak ada pas, jadi tiket dibeli dan 15 daripada kami bertandang ke Stadium Shah Alam pada hari yang sukar untuk kulupakan. Catatannya serba sedikit di Piala Malaysia - Fasa Hidupku. Keistimewaan edisi final ini ialah ia diadakan pada Ahad, sehari selepas sambutan Deepavali. Jadi antara usaha Astro Arena ialah membawa pasukan juara ke beberapa program saluran 801.


Bersama hos den dah koba Akbar Sahari menemu bual Jalaluddin Jaafar dan Azamuddin Akil


Dan Dollah Salleh serta Zainal Abidin Hassan, dua serangkai yang selalu aku liput pada 90-an

Dollah dan Zainal dua serangkai ibarat belangkas, atau ibarat aur dengan tebing. Mereka bersama di Selangor, kemudian di Pahang membentuk Pasukan Impian bimbingan Len Ashurst yang kemudian diganti Mike Brown. Pada 1991 Khairul Azman Mohamad, Alan Davidson, Fandi Ahmad, Zainal Abidin Hassan, Dollah dan V. Sundramoorthy digeruni lawan, disegani kawan.

Dollah merencana kemenangan MPPJ pada Oktober 2003, walhal dia hanya mengambil alih daripada Ken Shellito pada pertengahan musim. Sentuhan Juan Manuel Arostegui, dibantu Khairil Zainal, Rauf Ahmad, Jamsari Sabian, Yuzaiman Zahari, Kamarulzaman Yub Abdul Majid, Haris Safwan Kamal dan Zaidi Zaing memastikan Dollah melakar nama selaku jurulatih pertama membawa sebuah pasukan berstatus kelab menaiki pentas kejuaraan.

Selaku akhbar metropolitan, The Malay Mail merakamkan detik turun naik MPPJ.

Aku membuat liputan ketika Dollah memindahkan reputasinya sebagai The Players' Coach ke Selangor yang antara lain dianggotai Bambang Pamungkas, Brian Fuentes, Nazzab Hidzan, Khalid Jamlus, Shukor Adan dan K. Sanbagamaran.

Ketika itu aku banyak membuat liputan Selangor untuk The Malay Mail. Antara tulisanku playoff Liga Perdana.

RIZAL HASHIM picks Selangor to win

WHAT tips the scale in Selangor's favour in the Premier League title playoff in Paroi tonight is the Klang Valley side's much-vaunted strikeforce.

However, the chink in their armour is their porous defence but the motto for the gung-ho Selangor side throughout the season is to outscore their opponents.

Following are some of the factors which may lead to Selangor lifting the title at the expense of the Group B winners.

Factor 1: The triumvirate of Bambang Pamungkas, Khalid Jamlus and Brian Fuentes have been firing on all cylinders, scoring a total of 47 goals between them. Bambang is the leading scorer with 22 goals. With his Indonesian compatriot Elie Aiboy back from injury, the Negri defence will have to work overtime.

Factor 2: Selangor coach Dollah Salleh is a winner, both as a player and coach. He lifted the Malaysia Cup with Selangor MPPJ in 2003, guided them to promotion to the Super League last year before opting for the Red Giants' hot seat. Much of MPPJ's success in 2003 lay from Dollah's human management skills. The former international, renowned for his sweet left-foot during his heyday, treats his players the way he wants to be treated by people. His ability to empathise has won him a core group who are loyal to him in the Selangor camp as well.

Factor 3: Selangor will be wearing their third colour - the blue jersey - to avoid clashing with Negri's red, black and yellow strip. Much to their delight, the Klang Valley side have not lost a single match on the eight occasions they wore blue, registering seven victories and a draw, the blot coming against Kelantan in the FA Cup quarter-final first leg clash in Kota Baru.

 Probable line-up: Jamsari Sabian, Saifu Nizam Husin, D. Surendran, Nazrul Erwan Makmor, Ahmad Tharmini Saiban, Shukor Adan, K. Sanbagamaran, Elie Aiboy, Brian Fuentes, Khalid Jamlus, Bambang Pamungkas.

Selepas memeluk kejayaan di Selangor, Dollah pulang ke Pahang dengan harapan merencanakan kebangkitan Tok Gajah,

Dibantu konsep pembangunan kelab Shahzan Muda yang diusahakan secara bersama oleh anak jati Pulau Pinang, Tajuddin Nor dan Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) yang ditugaskan melahirkan dua pemain setiap tahun untuk Pahang, akhirnya Tok Gajah mengulangi kejayaan 1983 dan 1992 di depan lebih 80,000 penyokong di Shah Alam,

Indahnya buat diriku, aku tidak perlu bersusah payah berpeluh di padang atau mengejar pemain untuk ditemu bual. Takdir menentukan aku dapat menemu bual personaliti bergelar juara dalam keselesaan di studio.

KELANTAN: Khairul Fahmi Che Mat, Nik Mohd Shahrul Azim, Mohd Farisham Ismail, Azizii Mat Rose, Zairul Fitree Ishak, Mohd Shakir Shaari, Zairo Anuar Zalani (Ahmad Fakri Saarani), Mohd Nor Farhan Mohamamad, Mohd Badhri Mohd Radzi (Faiz Subri), Dickson Nwakaeme, Indra Putra Mahayuddin.
PAHANG: Khairul Azhan Khalid, Jalaluddin Jaafar (Saifulnizam Miswan), Razman Roslan, Damon Deland Stewart,  Shahrizan Salleh, Hafiz Kamal, Mohd Amirulhadi Zainal, R.Surendren (Fauzi Roslan), R.Gopinathan (Faizol Hussain), Azamuddin Akil, Matias Conti
Pengadil: Nagor Amir Noor Mohamad


10 months, after...

$
0
0
Please accept my apologies for not having updated this blog for almost 10 months. The ongoing FIFA World Cup in Brazil has given me a reason to muster enough energy in my zombie-like existence to pen a few words. Since loose cannon last wrote the Malaysia Cup final review, a lot has happened obviously.

First and foremost, loose cannon was invited to write for the renowned footy mag, Four Four Two, the Malaysian version of course, in January. An honour indeed.


In the latest issue, the managing editor, Lee Seng Foo, suggested loose cannon to write about Dengan Izin, the hard-talk show mooted by Slamet Sazly Yakub, who comes up with ideas on the magazine shows over Astro Arena

Since early May, I have a new task. As editor of Arena E Mag, published or produced by Astro Digital Publications Sdn Bhd.


Surely highlighting Arena colleagues is a good option

The E Mag provides loose cannon the opportunity to explore another realm, where video, text and pictures are combined as one to cater to the young and tech-savvy audience. As a freelance editor, loose cannon gives himself a year to helm the E Mag under the watchful eye of managing editor, Datuk Hishamuddin Aun, before walking away into retirement. It could be earlier, if loose cannon's mid-40s psychological and physical state do not permit. 

Throughout the entire World Cup season, loose cannon is slated to appear on 18 occasions as a pre-show, half-time and post-match pundit. It's loose cannon's third successive stint following Euro 2012 and the Confederations Cup in 2013.


Shortly after the Dutch massacred Spain 5-1, loose cannon said while holding the 2010 FIFA World Cup technical report: "This goal by Iniesta in the 2010 now belongs to the museum. This defeat marks the beginning of the end of an era"


Former KL and MyTeam attacker Stanley Bernard Samuel has gone a long way since loose cannon covered him more than a decade ago. He was a member of the national Under-17 side helmed by Zainal Abidin Hassan and I covered the team extensively for the Malay Mail. Stanley has what it takes to make it as a serious football analyst. 


Loose cannon is thankful that he is part of a group of selected journalists picked to vote for the FIFA Ballon d'Or award since 2010


With Burn as host and former national defender Asmawi Bakiri as fellow pundit. Asmawi was a player at the Shah Alam Section 11 Project School whom I had the pleasure of interviewing in 1992. Graduated through the ranks to play for Selangor and the national team under Abdul Rahman Ibrahim. Now a regular feature of Astro Arena football shows. 

Loose cannon's views are also sought by Astro Awani, where loose cannon appeared on the talk show Bual Bola for the 2010 South Africa edition. Read the blog four years ago here


But on one of the live afternoon's news segment, loose cannon's mind went blank, not being able to remember Netherlands' opponents in the second round...what an embarrassing moment!

Ahead of the World Cup, loose cannon was contacted to appear as a guest of Persepsi, a talk-show of Islamic-based TV station Alhijrah. Appearing beside Sports Minister, YB Khairy Jamaluddin, was indeed a privilege.


Why is that loose cannon appears to be shorter than everyone else? But seriously having KJ saying "Rizal is a thinking journalist" indeed made loose cannon's day hahahahah. The topic was Mutu Sukan Negara and loose cannon was introduced as Personaliti Astro Arena. Persepsi is on every Monday and is hosted by Badrul Sani and Farhah Ruslan.

Surely the icing on the cake was loose cannon being featured as a guest in the GOOOL daily insertion of Harian Metro, the highest-selling Malay newspaper in the country.


For 20 years loose cannon spent his journalistic days waxing lyrical or offering opinions on people. Certainly a nice change. Someone commented how could they blow up loose cannon's picture bigger than that of Karim Benzema hahaha

Also being featured on Unreserved along with KJ, Jason Dasey, Abbas Saad and Shebby Singh was an honour too. Thank you Dazman.




Loose cannon thanks Allah for the blessings. Have a blessed Ramadan to all.





Schweinsteiger, nine years ago

$
0
0
I thought Bastian Schweinsteiger, blood and all, performed like a true leader, a warrior, the day Germany lifted their fourth World Cup in Brazil.



I was lucky enough to be on the stands when the Bayern Munich midfielder scored his first goals for Die Mannschaft, more than nine years ago. In conjunction with the World Cup in Germany, this article on German playmakers was published by the Malay Mail on June 7, 2006, under the heading I gave...

Mannschaft maestros

By Rizal Hashim

YESTERDAY the Teutonic instincts were driven by Gunther Netzer and Bernd Schuster.

Today it's all about Michael Ballack.

Tomorrow shall belong to Bastian Schweinsteiger. On a chilly night at Borussia-Park in Monchengladbach exactly a year ago (June 8), this scribe was privileged enough to witness Schweinsteiger's first two international goals in a German shirt.

Before a capacity crowd of 46,228, Schweinsteiger's prodigious talent was there for all to see. Trailing to an Alexander Anyukov goal in the 26th minute, Germany equalised five minutes later through a well-worked move sealed by a goal that bore Schweinsteiger's signature, a low shot that was deflected into the right corner of Sergei Ovchinnikov's goal.

Fielded on the left flank, Schweinsteiger notched his second of the evening by placing his shot inside the near post after slaloming past two Russian defenders on the edge of the area in the 70th minute.

The two moments of inspiration established Schweinsteiger's reputation as Germany's latest poster boy, following in the well-beaten path paved by Netzer, Schuster and Stefan Effenberg, just to name a few.

An exciting attacking midfield prospect and notorious bad boy, Schweinsteiger's reputation, just like his illustrious predecessors, precedes him. He was once caught in a disco on the eve of a game, fined for speeding and in a bizarre incident, was caught with a girlfriend in the whirlpool at the Bayern training ground in the middle of the night.

On the pitch it's hard not to notice Schweinsteiger, always the livewire either on the left flank or in the middle of the park, an area currently reserved for the talent of Chelsea new signing Ballack.

Once Ballack quits the Nationalmannschaft, Schweinsteiger, whose name means pig climber in English, will no doubt be his natural successor. His playing style is a throwback to the glorious yesteryear when Netzer, along with Franz Beckenbauer, personified the elegance not usually associated with German football.

When others were methodical and mechanical in their approach, Netzer was the rebel, the artistic maverick with the flowing blond locks, the footballer frequently photographed at the wheel of a sports car.

The image of Monchengladbach-born Netzer striding forward, long hair glinting in the floodlights became a symbol of German football. He was able to spray long, hard passes all over the pitch with devastating accuracy.

The tradition was continued by Schuster, the enfant terrible in the 1980s. Brilliant at club level, the Blonde Angel never really fulfilled his potential in the black and white of the national team. Differences with the coach, Jupp Derwall, kept him on the outside of the `Mannschaft' and his personal caps tally stopped at 21.

Effenberg, languid and elegant, compiled 35 caps and scored three goals for the German national team. He will be remembered most for showing the finger to the whistling crowd during a 1994 World Cup match against South Korea.

Obviously Schweinsteiger's journey into football folklore has just begun.

FACTFILE

GUNTHER NETZER
Date of birth: Sept 14, 1944, Monchengladbach
Clubs: Borussia Monchengladbach, Real Madrid, Grasshoppers Zurich
International appearances: 37
International goals: 6
Honours: European Champion 1972, World Cup winner 1974
* Tasted only 21 minutes of World Cup action in 1974, when skipper Beckenbauer preferred Wolfgang Overath and Rainer Bonhof.

MICHAEL BALLACK
Date of birth: Sept 26, 1976, Gorlitz
Clubs: BSG Motor Karl Marx Stadt, Chemnitzer, Kaiserslautern, Bayer Leverkusen, Bayern Munich, Chelsea
International appearances: 65
International goals: 31
Honours: World Cup runners-up 2002
* Single-handedly drove Germany to the 2002 final but had to miss that match due to suspension. The Germans then lost to Ronaldo's brace.

BASTIAN SCHWEINSTEIGER Date of birth: Aug 1, 1984, Kolbermoor
Clubs: Bayern Munich
International appearances: 28
International goals: 7
* The next big star for Germany

Herr Blitzkrieg

$
0
0
Throughout the FIFA World Cup in 2010, loose cannon wrote for the Brunei Times, upon invitation from Allahyarham Juli Suharni Jaafar. Read here.

Four years earlier, loose cannon had a gala time expressing his views using a pseudonym throughout the World Cup in Germany...The Mailsport team brainstormed ahead of the tourney and came up with the idea of featuring invited columnists. But paying a king's ransom for Beckenbauer or other syndicated stuffs was beyond the paper. So it was suggested for the members of the sports desk to contribute..

Sports editor, Mustapha Kamaruddin, a huge fan of Argentine football, until today calls himself El Loco, Graig Nunis kept on Seeing Red, Najmuddin Najib was Goalfinger, Tony Yee's impression of the Godfather came in the form of Don Catenaccio, Dutch fan Ghaz Ramli became Van Gyzie. The boss Mzul chose a very down-to-earth alter ego Joe Kampung! Well, trust Loose Cannon to come up with the most exotic and teutonic of all - Herr Blitzkrieg! Haha

One of Herr Blitzkrieg's rantings...

SOMETIME last year, Herr Blitzkrieg was privileged enough to talk for a fleeting moment with German Ambassador to Kuala Lumpur, Herbert D. Jess.

His Excellency Herr Jess, was pleased to say Germany and Malaysia have had a cordial working relationship in the world of sports for more than two decades.

"I remember when Bayern Munich came to Shah Alam in 1994, thousands of Malaysians watched them train. Our hockey team have participated in numerous tournaments in Kuala Lumpur and we have also exchanged programmes in football," said Jess.

Herr Blitzkrieg pointed out that a few German coaches had left a mark in Malaysia. Dettmar Cramer came to share his knowledge in Kuala Lumpur in the 1960s, while Karl Weigang guided Malaysia to the Olympic Games in Moscow, only for the country to boycott the 1980 edition.

In exchanging pleasantries, Herr Jess expressed his surprise as to why there was no German football on TV. Herr Blitzkrieg politely told Herr Jess that at one time there was Football Made In Germany way way back in the 1980s, when Englishmen Kevin Keegan and Tony Woodcock were plying their trade in Hamburg and Cologne respectively.

Apart from consuming American propaganda through the series Combat where the Germans were portrayed as a subject of hate, Herr Blitzkrieg's TV diet included Italian Soccer, Football Made In Germany, Brazilian Soccer as well as the barely palatable Big League Soccer and Star Soccer.

Based on their performance, Juergen Klinsmann's boys have stated a strong case for Bundesliga matches to be shown again on Malaysian screens. From Klinsi's starting 11, Jens Lehmann is the only foreign-based player, while Michael Ballack will only be joining Chelsea after the World Cup.

Talent is awash in Bundesliga. Astro SuperSport should lead the way. They have begun to show highlights of French football long after NTV7 and Jeffrey Ong gave up on it.

Too much English football, or the England team, is not good for the brains, one must remember.

Sven-Goran Eriksson's England helped Herr Blitzkrieg beat insomnia, and the English game has also helped produce a petulant yet talented player in Wayne Rooney, who will be bonded forever with Cristiano Ronaldo.

* Slowmental Riquelme, Sheva, Lamps and the Goofy One will be invited for a screen test for the hit TV series Lost.

* Football is orgasmic, to some of Herr Blitzkrieg's colleagues. No wonder because they allow themselves to be distracted from on the pitch activities. Joe Kampung gets thrilled by the commercials during half-time, Seeing Red cannot stop but ogle at the Brazilian girls while Latin lover El Loco loves to gush about panty-changing. In contrast, Van Gyzi gets excited by the odds, ringgit and sen. Don Catenaccio seldom gets his predictions wrong because he is linked to the underworld while Goalfinger is sadly clinging on to the notion that England can play like Brazil, Argentina or France. What has the world come to?

* Herr Blitzkrieg's days as a columnist are numbered.

Meramal Jerman...

$
0
0
Dalam program Formasi Ekstra terbitan Hafiz Wahid di Astro Arena sebelum sepak mula Piala Dunia Jun lalu, aku meramalkan pasukan dari Eropah yang boleh mara paling jauh ialah Jerman. Perancis sejauh suku akhir. Tapi aku juga ramal Brazil muncul juara! Ternyata badi juara Piala Konfederasi tidak akan menang Piala Dunia tahun berikutnya berterusan. Stanley Bernard Samuel, pemain licik yang aku liput ketika dia menyarung jersi pasukan remaja kebangsaan pada awal 2000-an, adalah penyokong tegar Argentina!




Selamat berjaya Dollah

$
0
0

Akhirnya Dollah Salleh dilantik menjadi jurulatih bola sepak kebangsaan. Buat bekas peledak utama skuad kebangsaan era 80-an dan 90-an itu, dia menerima tugasan ini selepas menolaknya dua kali - pada 2007 dan 2009.

Kelompok jurulatih tempatan yang berkelayakan cukup kecil. Yang terbaik tentunya golongan elit seperti K. Rajagobal, B. Sathianathan dan Norizan Bakar yang memiliki lesen pro UEFA dan AFC serta didedahkan dengan kursus-kursus di seluruh Eropah, termasuk di Sekolah Sukan Hennef, yang mempertemukan tiga serangkai tulang belakang kecemerlangan Jerman dari 2006 - Jurgen Klinsmann, Joachim Low dan Andreas Kopke - buat kali pertama pada 2000.

Mendapat lesen A di Bangkok pada 2004, Dollah jelas layak menggalas tugas ini. Namun dia sedar dia harus mencari penolong yang bukan saja arif bola sepak antarabangsa, tetapi juga pandai mengendalikan latihan. Selebih daripada itu, kita tidak boleh tolak hakikat Dollah - anak jati Melaka yang berhijrah ke Singapura mengikut bapanya anggota bomba ke Singapura - ada sentuhan emas.

Media dan penyokong harus bersabar serta memberi ruang kepada Dollah yang kini sedang menjalani ibadah Umrah, membentuk pasukan mengikut cita rasa dan falsafahnya. Selamat berjaya Dollah!


Aku bertuah kerana dapat buat liputan dua penyerang berbisa ini di kemuncak kerjaya mereka. Azman Adnan (kiri) dan Dollah. Satu ketika dahulu Dollah pernah memulau media - Berita Harian dan TV3 - atas sebab-sebab liputan negatif berbaur tuduhan. Harapnya Dollah tidak berbuat demikian sepanjang kerjaya selaku jurulatih kebangsaan. Dia tidak harus mengulangi kesilapan Norizan yang menjauhi media pada 2006-2007. Dollah harus belajar berkongsi falsafah, harapan dan sebab-sebab pilihan dan keputusannya agar anggota media faham dan boleh disalurkan kepada keyboard warriors yang lebih "pakar". Media arus perdana juga harus faham bila seseorang itu sebut off the record, maka jaga amanah itu. Media arus perdana bukan penyokong yang tidak ada etika tertentu mengikat adab mereka. Jangan semata-mata hendak popular dalam media sosial dan bagi mengenyangkan nafsu peribadi, status dikemas kini kononnya untuk scoop tetapi menjejaskan perencanaan pasukan. 


Aku kumpulkan Dollah dan Zainal Abidin Hassan untuk menceritakan detik pasukan negara menewaskan Korea Selatan 1-0 di Stadium Merdeka pada 1985. Intro aku - 

SKRIPNYA seolah-olah ditulis sebagai satu kisah dongeng tanpa kesudahan yang diidam-idamkan. Korea Selatan ditewaskan, kerusi jurulatih bertukar tangan, menentang lawan di atas permukaan berkerikil, kembalinya legenda kesayangan ke pangkuan pasukan dan penalti awal bersaksikan hampir 50,000 penyokong lawan meleburkan harapan di saat Malaysia hanya perlu seri bagi memastikan kemaraan.

 Kenangan hampir tiga dekad lalu itu tersimpan kemas dalam muzium minda dua serangkai bertaraf legenda, Zainal Abidin Hassan dan Dollah Salleh, yang berkongsi suka-duka detik-detik itu secara eksklusif bersama ARENA. Kisah lanjut muat turun majalah digital Arena.


Tiru gaya Gotze - Majalah Digital Arena

$
0
0
Dirancang atau kebetulan?

Anak kepada seorang profesor matematik, Mario Gotze muncul wira Jerman yang menjulang Piala Dunia awal pagi Isnin lalu. Buat dua edisi berturut-turut, jaringan pemisah disempurnakan pemain bertubuh rendah, tinggi sikit daripada aku. Pada 2010, Andres Iniesta meledakkan rembatan kaki kanan menewaskan Belanda.

Tirulah gaya Gotze, muat turun majalah digital Arena sekarang!




Syabas kontinjen Malaysia

$
0
0
Syabas atlet Malaysia yang memperagakan seragam Malaysia Airlines sebelum kontinjen besar melakukan perarakan sempena pembukaan Sukan Komanwel di Glasgow awal pagi tadi sambil memakai lilitan hitam di lengan. Idea yang menarik sebagai mengenang nahas yang menimpa MH17 dan tidak dilupakan MH370. Pegawai dan atlet yang mengenakan pakaian syarikat penerbangan negara itu ialah pengurus pasukan ragbi Fahmy Jalil, press attache Fahmi Omar, Farizal Ismail (ragbi), Fairus Abdul Jabal (boling padang), Jupha Somnet (lumba basikal), Surizan Awang dan Fatin Syafika Sukri (hoki) serta Nor Fidrah Noh (boling padang).



Sementara itu, liputan menyeluruh disediakan oleh Astro menerusi semua platform.

KUALA LUMPUR, 22 Julai 2014 – Seusai sahaja acara sukan terbesar dunia, PIALA DUNIA FIFA 2014 BRAZIL, kini satu lagi acara sukan gergasi iaitu Sukan Komanwel 2014 bakal menjengah dan Astro dengan berbesar hati akan membawakan liputan secara langsung dan menyeluruh melalui platform televisyen dan Astro on the Go.

Acara sukan yang diadakan di Glasgow ini dijadualkan berlangsung bermula dari 24 Julai hingga 4 Ogos 2014. Pelanggan Astro yang melanggan Pek Sukan dan Superpack akan menerima ‘Commonwealth Games Pass’ yang membolehkan mereka menonton acara sukan tersebut melalui saluran khusus yang terdiri dari lapan saluran definisi standard (SD) dan lapan saluran definisi tinggi (HD) serta akses percuma untuk menonton tujuh saluran dedikasi menerusi tablet, telefon pintar dan komputer melalui Astro on the Go.

Bagi pelanggan Astro yang lain pula boleh membeli pas khas ‘Commonwealth Games Pass’ ini dengan harga RM20 dan pembelian boleh dilakukan menerusi saluran 200. Astro turut memberi peluang buat semua pelanggan Astro dan NJOI untuk mengikuti liputan acara sukan terpilih melibatkan atlet tanah air secara khususnya menerusi Astro Arena Saluran 801.

Manakala, seluruh rakyat Malaysia juga boleh menonton saluran Astro Arena menerusi Astro on the Go secara percuma. Selain itu, bagi mereka yang bukan pelanggan Astro yang ingin mengikuti liputan penuh Sukan Komanwel ini boleh membeli ‘Commonwealth Games Pass’ untuk mendapatkan akses kepada tujuh saluran dedikasi menerusi Astro on the Go.

Untuk maklumat lanjut, sila layari onthego.astro.com.my.

Lee Choong Khay, Ketua Perniagaan Sukan Astro berkata, “Astro terus berusaha dalam membawakan liputan secara langsung pelbagai acara sukan untuk rakyat Malaysia antaranya Sukan Olimpik Musim Sejuk 2014 Sochi, Piala Thomas dan Uber 2014 dan pastinya PIALA DUNIA FIFA 2014 BRAZIL. Untuk Sukan Komanwel kali ini, Astro menawarkan liputan menyeluruh lebih dari 2,000 jam menerusi saluran dedikasi (lapan saluran HD dan lapan saluran SD) serta tujuh saluran di platform Astro on the Go.

Bagi para pelanggan NJOI dan juga yang bukan pelanggan Astro turut boleh mengikuti acara sukan ini di saluran Astro Arena tanpa sebarang cas tambahan”. Untuk sebarang maklumat lanjut atau ingin melanggan Astro, sila layari www.astro.com.my atau hubungi 1 300 82 3838.



JADUAL 24 DAN 25 JULAI

841 (HD)/ 821 (SD) 0400 (L) Opening Ceremony 0200 (L) Swimming: Finals #2 0800 Opening Ceremony 1730 (L) Swimming: Prelim #3 1730 (L) Swimming: Prelims #1 2230 (L) Weightlifting: (W) 48kg Group A 842 (HD)/ 822 (SD) 1300 Opening Ceremony 0230 (L) Weighlifting: (M) 56kg Group A 1600 (L) Hockey: (W) AUS vs MAS 1600 (L) Badminton: Team Prelim 2300 (L) Cycling Track: Session 2 2030 (L) Gymnastic Rhythmic: Individual All Around Final 2100 (L) Hockey: (W) AUS vs WAL 2300 (L) Hockey: (W) SCO vs MAS 843 (HD)/ 823 (SD) 1600 (L) Badminton: Teams Prelims 0100 (L) Judo: (M) 60, 66kg, (W) 48, 52, 57kg Final 2100 (L) Badminton: Team Prelim 1630 L) Table Tennis: (M) & (W) Team Prelims 2230 (L) Weightlifting: (W) 53kg Group A 844 (HD)/ 824 (SD) 1800 (L) Triathlon: (W) Individual Final 0200 (L) Badminton: Teams Prelims 2200 (L) Triathlon: (M) Individual Final 1600 (L) Hockey: (M) IND vs WAL 1800 (L) Hockey: (M) RSA vs SCO 2000 (L) Boxing: (M) 56, 69, 91+ kg Prelims 845 (HD)/ 825 (SD) 1630 (L) Table Tennis: (M) & (W) Team Prelims 0100 (L) Gymnastic Rhythmic: Team Final 1545 (L) Lawn Bowls 1800 (L) Cycling Track: Session 3 2300 (L) Cycling Track: Session 4 846 (HD)/ 826 (SD) 1900 (L) Gymnastic Rhythmic: Team Prelim 1700 (L) Weightlifting: (M) 62kg Group B 2330 (L) Squash: (M) & (W) Singles Prelims 1920 (L) Shooting: (W) 10AP Final 2125 (L) Shooting: (M) 10AR Final

Kenapa Norza?

$
0
0


Nukilan aku ini mencetus satu perdebatan dalam dunia maya. Antara yang memberi reaksi ialah Tun Faisal Ismail Aziz, bekas ketua unit media baru UMNO dan calon Majlis Tertinggi UMNO pada mesyuarat lalu, Pernah menjadi pegawai khas Datuk Seri Hishammuddin Hussein di Kementerian Pendidikan dan Kementerian Dalam Negeri (KDN). Power tu!

Tweet di atas bukan bertujuan menyerang peribadi. Namun ia adalah satu teguran kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Kenapa tidak melantik seorang individu yang tiada ikatan dengan mana-mana persatuan atau organisasi sukan? Cukup mudah bukan? Ada faham?

Antara bendahari FAM terdahulu:


Datuk Raja Aziz Raja Salim, akauntan bertauliah, bekas Ketua Pengarah LHDN dan Akauntan Negara 1990-1993


Datuk Cheong Keap Tai, akauntan bertauliah dan bekas Pengarah Eksekutif PriceWaterhouse Cooper


Datuk Seri Mohamed Sulaiman, akauntan bertauliah yang berkhidmat dengan Dunlop, Dewina dan Sime Darby. Hanya selepas tidak memegang jawatan di FAM dilantik menjadi pengerusi Sime Darby FC


Datuk Teoh Chye Hin, akauntan bertauliah yang berkhidmat sebagai bendahari FAM dari 1962 sehingga 1978 selain memegang jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Perak


Pendahulu Norza ialah Tan Sri Aziz Abdul Rahman, akauntan bertauliah dan bekas Pengarah Urusan Bank Rakyat yang kemudiannya menceburi bidang politik sehingga menjawat tugas Timbalan Menteri Besar Pahang.

Perlembagaan FAM terdahulu mengizinkan pemegang jawatan di peringkat negeri untuk dipilih ke peringkat FAM, maka Teoh berkhidmat dengan begitu cemerlang melangkaui sedekad. Yang lain pula jelas individu memiliki latar belakang sebagai akauntan bertauliah yang disegani. Statut FAM memberi kuasa kepada Presiden untuk melantik sesiapa. Sultan Ahmad Shah melantik Raja Aziz, Aziz, Cheong dan Mohamed bukan saja atas dasar mereka akauntan berkelayakan, tetapi lebih penting mereka tidak memegang jawatan di persatuan sukan besar dan utama atau sebuah agensi kerajaan yang menjadi nadi pembangunan sukan Malaysia. Dalam erti kata lain, mereka akauntan bebas - tidak terikat!





Apabila Tun Faisal suruh aku luaskan pemikiran aku, aku sebut beberapa nama. Raja Aziz, Mohamed Sulaiman dan Aziz Abdul Rahman.


Dia jawab dia tidak ambil peduli. Nama-nama ini aku sebut sebagai contoh akauntan yang bertauliah dan tetapi bebas daripada naungan mana-mana persatuan sukan, tapi aku tidaklah tulis panjang.








Soalnya, di mana juak-juak politik ini ketika FAM dibelasah kiri dan kanan sebelum ini?

Apabila Datuk Seri Shahidan Kassim (lebih senior dan lebih warlord daripada Norza) dikecam sekampung kerana memegang jawatan dalam banyak persatuan, di manakah mereka ini?

Di manakah mereka ketika Azalina Othman Said dikritik? Oh Unit Media Baru belum tubuh...

Ada pula yang kata aku tidak buat homework. Laa...bukankah kita tahu Norza timbalan presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), bekas Ketua Pemuda UMNO Wangsa Maju. Bahkan seorang orang kuatnya adalah rakan sekolah aku lebih sedekad.

Cara perdebatan mereka lebih bersifat peribadi, bukan berasaskan hujah rasional. Mereka menyokong individu, bukan institusi. Mereka adalah political animals. Jelas di mata mereka Norza insan istimewa. Big boss. Mereka jauh lebih mengetahui kriteria yang menyebabkan Tengku Abdullah melantik Norza.


Betul, tapi di mata peminat dan pemerhati, dia Pengerusi Institut Sukan Negara (ISN) dan timbalan presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM). ISN ada banyak isu yang tidak diketahui ramai. BAM pula tidak ada formula mencari pengganti Lee Chong Wei. Norza juga presiden Persatuan Badminton Kuala Lumpur (KLBA). Tentu dia hands-on dalam mencari bakat baru dan menghidupkan badminton seluruh KL. Kenapa tidak fokus kepada tugas-tugas ini? Sebab itu aku pertikai keputusan presiden FAM.



Terima kasih. Poster menarik

OK OK saya mohon maaf lah...buat semua peminat bola sepak yang berkongsi pandangan dengan saya kerana kalian terpaksa menggunakan jari jemari untuk tweet dan retweet serta menulis dalam sosial media menyokong saya...patut kita salur tenaga untuk beri idea dan jana minat terhadap bola sepak. Jom! Oh, apapun saya bertanya kepada Tengku Abdullah atas dasar apa baginda melantik Norza, TM jawab: "He came highly recommended. I know him reasonably well and his credentials speak for themselves."

 Oh...dan aku pun jawab: "My humble opinion Norza chairman ISN and deputy president BAM. Too much on his plate." TM jawab semula: "He said he got time and interested to help me out. So we shall see."...apapun, Tengku Mahkota Pahang adalah antara tokoh sukan paling sporting, sentiasa ada masa untuk menerima pandangan atau pendapat berlawanan. Bait-bait perkataan pertama TM apabila aku diperkenalkan kepada baginda lebih 20 tahun lalu di Stadium Darulmakmur ialah: "Oh, awaklah Rizal Hashim, yang selalu kutuk dan perli saya." 

Apapun pertukaran pucuk pimpinan FAM yang lalu membawa harapan setinggi gunung agar ia dapat mencetus satu perubahan ketara dari segi pentadbiran, pembentukan dasar, pelantikan secara merit, pengukuhan program pembangunan dan seterusnya diterjemahkan kepada keputusan di atas padang.

Bendahari tidak terbabit secara langsung dalam menentukan hala tuju FAM dan bola sepak negara, tetapi ada akses dan kuasa mengurus aset FAM seperti simpanan tetap berjumlah RM56.9 juta, maka adalah penting setiap pemegang jawatan dalam FAM fokus terhadap tugas dan amanah yang dipikul tanpa ada agenda terselindung.






Mazlan v Zol, episod 1

$
0
0

Sebelum aku memulakan rumusan, analisis, reviu dan pendapat mengenai kegagalan kontinjen menepati sasaran tujuh pingat emas di Sukan Komanwel di Glasgow, aku sertakan beberapa gambar.


20kg yang lalu, aku bersama setiausaha sulit kanan Menteri Belia dan Sukan ketika itu, Datuk Abdul Latiff Endot, ketua pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Wira Mazlan Ahmad dan ketua pengarah MSN sekarang, Datuk Seri Zolkples Embong. Menteri ketika itu Datuk Seri Hishammuddin Hussein. Pen tetap tersangkut. Maklumlah story kena cari...


20kg yang lalu, sukar kulupakan apabila majlis perkahwinan aku di Batu Pahat pada Jun 2001 dihadiri Tan Sri Dr M. Jegathesan dan isteri, serta Allahyarham Fadzil Othman (penolong setiausaha Majlis Olimpik Malaysia), Zolkples dan Mazlan. Tetamu ini hadir selepas menempuh kesesakan lalulintas di Lebuh Raya Utara Selatan (some things don't change). Ku hargai sehingga ke hari ini. Maaf gambar orang rumah kena crop, dia malu katanya. Untuk mereka datang dari jauh menunjukkan aku ada special relationship dengan semuanya...betul atau tidak?


Kerjaya selaku wartawan sukan menuntut komitmen. Juga tidak bergantung kepada sidang akhbar untuk mencari bahan berita. Jadi terpaksalah menjadikan MSN (dulu di Stadium Negara) dan MOM sebagai destinasi. FAM juga jadi rumah kedua. Serba sedikit aku ada mengutip pengalaman dan pengetahuan berharga, berkongsi pandangan, maklumat dan wawasan dengan ramai pembuat dasar dan pentadbir sukan.

Pada era 1960-an hingga 1980-an, sukan tempatan dijana oleh sukarelawan, khususnya di kalangan guru yang bertindak sebagai jurulatih dan pegawai. MSN hanya diwujudkan pada 1972 menerusi Akta MSN 1971 yang dibentangkan di Parlimen oleh Allahyarham Tan Sri Hamzah Abu Samah. Namun MSN dianggap dormant walaupun tersenarai bekas kapten hoki negara Wilfred Vias selaku Pengarah MSN. Pengurusan sukan dikendalikan Bahagian Sukan, KBS. Pada Jun 1979, pindaan terhadap rang undang-undang itu dibentangkan oleh Tan Sri Samad Idris bagi mengaktifkan MSN. Sehingga 1981, MSN bukanlah organisasi yang besar segah hari ini. Selepas penyusunan semula, MSN bergiat aktif pada 1982 untuk mengurus sukan prestasi tinggi negara.



Ulasan ahli Parlimen Kuala Muda yang juga presiden BAM ketika itu


Suhaimi Kamaruddin bukan calang-calang, menyentuh mengenai siapa yang harus dipertanggungjawabkan jika kita gagal. Ulasan cukup berisi oleh Ketua Pemuda UMNO ketika itu




Sepucuk surat terbuka aku tulis yang disiarkan dalam akhbar The Malay Mail pada 2007. Baca di sini. dan A Tale of Two DGs di sini.

Mazlan pernah memberitahu media mengurus MSN membawa tekanan berganda. Setiap hari laporan muka surat belakang akhbar menjadi santapan jiwa - sekejap gembira, sekejap kecewa. Kritikan media ditangani setiap hari. Ini berikutan peranan lebih besar yang dilaksana oleh MSN sesudah Malaysia terpilih menjadi hos Sukan Komanwel 1998.

Dituntut oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad agar sebuah kontinjen yang mampu menang pingat, peranan MSN diperluas. Kebetulan setahun selepas Malaysia menewaskan Adelaide dalam pemilihan hos pada mesyuarat CGF di Barcelona sempena Sukan Olimpik di Barcelona, MSN diterajui oleh Mazlan, seorang pemegang ijazah Sarjana Pengurusan Sukan dari Drake University, Amerika Syarikat.  

Bukanlah rahsia Zolkples dianggap anak emas Mazlan satu ketika dahulu. Berikutan kematian Rahim Haron, pegawai MSN yang meninggal dunia pada usia yang cukup muda pada 1994, Mazlan mengalih tumpuan kepada Pengarah Projek Jaya'98, Azmi Awang Chik untuk dibimbing sebagai calon Ketua Pengarah. Tapi Azmi meletak jawatan, dan seterusnya Zolkples anak jati Dungun dibimbing dan dipupuk agar menggantikan Mazlan.

Dengan kedudukan sebagai Pengarah Pengurusan MSN selain pernah menjadi pegawai penyediaan atlet dan penolong pengarah pembangunan, Zolkples turut diberi ruang mengisi kerusi Setiausaha Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pada 2000 atas permintaan presiden BAM Dr Abdullah Fadzil Che Wan sebagai satu cara mendedahkan Zol kepada selok-belok berpersatuan.

Mazlan, buat pengetahuan pembaca, datang dari sukan lumba basikal, dengan memegang jawatan penolong setiausaha dan setiausaha Persatuan Lumba Basikal Selangor dan seterusnya setiausaha Persatuan Lumba Basikal Wilayah Persekutuan sebelum memegang jawatan penolong setiausaha, setiausaha dan naib presiden Persekutuan Kebangsaan Lumba Basikal Malaysia, jadi cukup masak dengan sepak terajang dunia sukan.
.
Bagi menjaga imej Zolkples yang dilingkari pelbagai isu sepanjang menjadi setiausaha BAM, Mazlan yang menggantikan Datuk Kamalul Ariffin Ismail pada 1993, mengarahkan Zolkples meletak jawatan di BAM dan fokus kepada tugas hakiki di MSN.

Pelantikan Azalina Othman Said sebagai Menteri Belia dan Sukan menggantikan Hishammuddin pada 2004 merosakkan perancangan dan transisi Mazlan kepada Zolkples. Apabila Mazlan bersara wajib pada Ogos 2005, Azalina melantik Dr Ramlan Abdul Aziz, pengarah Institut Sukan Negara (ISN), sebagai KP MSN.

Tapi atas tekanan sesetengah pihak, termasuk di kalangan rakan-rakan rapat Azalina yang rimas dengan pelbagai isu yang melingkari MSN, Zolkples akhirnya diangkat menjadi KP MSN manakala Dr Ramlan dijadikan CEO ISN yang dipisahkan daripada MSN sebagai satu entiti berkanun. Ini bagi memuaskan semua pihak!


Laporan The Star yang mengiringi pelantikan Zolkples pada 2007

Di saat Zolkples berdiam diri menerima hakikat menyediakan program elit menjelang Sukan Asia 2006, ada usaha di sebalik tabir untuk menjadikan pelantikannya satu realiti. Sejurus pelantikan Zol, Azalina menunggu sehingga Sukan SEA di Korat pada hujung 2007 untuk menguji corak pengurusan Zol. Baca di sini. Lega bukan kepalang apabila sasaran disempurnakan. Emas ke-64 disambut dengan linangan air mata Zol.

Sebagai KP MSN, Zol sedar tekanan tugas yang tinggi. Dia melihat bagaimana Mazlan bertungkus-lumus bekerja siang malam menyediakan pelbagai kertas kerja dan perancangan strategik bersama anak-anak buahnya di pejabat untuk memikirkan cara terbaik memenangi pingat di Sukan Komanwel 1998. Tugas Zol pula terhad kepada pengurusan dan juga penganjuran Anugerah Sukan Negara secara tahunan.

Sebagai ketua badan yang menyelaras kegiatan sukan prestasi tinggi, Mazlan tahu betapa besarnya amanah yang harus dipikul.

Sebagai antara tunjang dan strategis Jaya'98, Mazlan mencetus idea menghidupkan semula angkat berat, mengambil jurulatih China untuk mewujudkan pusat latihan terjun di Cheras selain menjalin kerjasama dengan angkatan bersenjata untuk meluaskan kelompok penembak acara ISSF seperti air rifle dan air pistol. Untuk memperkuatkan lagi kontinjen 1998, kertas kerja menaturalisasi  pelumba jalan kaki Yuan Yufang, penembak Irina Maharani dan wakil angkat berat Hidayat Hamidon dirangka oleh Mazlan dan pasukannya. Azmi diganti Azizan Zainol Abidin sebagai pengarah projek Jaya'98  Mazlan mewujudkan jawatankuasa bersama dianggotai wakil MSN dan wakil Persatuan kebangsaan dalam merangka program latihan semua sukan.

Sekalipun di bawah teraju Mazlan tiada program spesifik dalam menghadapi Sukan Olimpik, kejayaan 2008 dan 2012 tentu sekali gara-gara spillover effect daripada Jaya'98. Kaedah pengurusannya diiktiraf. Cuba baca di sini.

Pada 2008, Malaysia mengutip satu pingat perak di Sukan Olimpik Beijing. Ini disusuli 12 pingat emas di temasya Komanwel di New Delhi dan sembilan emas di Sukan Asia Guangzhou 2010, semuanya di bawah pemantauan Zol.

Pada temasya Olimpik di London pada 2012, akhirnya sukan selain daripada badminton menyumbang pingat, menerusi gangsa Pandelela Rinong dalam acara terjun 10m platform. 

Berlatar belakangkan senario ini, Mazlan kecewa dengan prestasi kontinjen negara di Glasgow. Selain kenyataan "rekod baharu" berbaur sinis, Mazlan mencadangkan audit pengurusan program atlet elit kendalian MSN. Baca di sini. Isunya selepas 12 emas di New Delhi, kenapa sasaran yang diletakkan tujuh emas - satu matlamat yang rendah? Sasaran itupun tidak dapat dicapai, dengan tiga daripada badminton yang memang patut menang pun.




Zol tentu sekali kurang senang dengan kecaman bos lamanya. Reaksinya boleh baca di sini. Sebelum ke Glasgow, Zol sudahpun menuduh Mazlan cemburu. Baca di sini

Aik, pasal apa nak cemburu? Mazlan lagi lama jadi KP, banyak berkongsi pengalaman menerusi pelbagai kolum, banyak kertas kerja dalam fail MSN, jadi orang kepercayaan semua Menteri Belia dan Sukan yang jadi bosnya...ringkasnya Mazlan yang diikat secara kontrak dua tahun apabila menjadi KP, seorang pemikir....

Malangnya ada yang berfikir sebagai orang pencen, Mazlan baik duduk diam kat rumah. Nampaknya itu alasan orang bankrap idea, tiada track record, menumpang tuii, sekadar panas kerusi kerajaan, tidak berfikir dan tidak boleh terima idea. Dalam sukan, idea bernas dan padat tidak mengenal usia. Sama ada dia atlet, pegawai, ahli media, ahli akademik, aktif atau pencen. Apalah...

Bersambung


Kemenangan buat wartawan sukan

$
0
0

Wartawan sukan bukanlah sempurna. Kami bukanlah maksum. Kami juga tidak lari daripada membuat kesilapan. Ada antara wartawan memang menjadi penulis upahan. Sebagaimana ada peguam culas, kakitangan kerajaan yang korup, politikus yang pelahap.

Dalam dunia sukan, peri pentingnya semangat kesukanan. Pegawai ada hak bersuara, wartawan ada hak menulis tetapi terikat dengan etikanya.

Apabila Haresh Deol dari The Malay Mail disaman oleh peguam Majlis Sukan Negara pada 2012 atas dakwaan defamatory atau saman malu....wartawan sukan mengeluh. Apabila ada orang yang ada kaitan dengan MSN mengemukakan saman dan orang besar MSN sendiri tidak melakukan apa-apa serta ada berani pula buat ancaman mahu dakwa orang besar Majlis Olimpik Malaysia (MOM) pula, masyarakat sukan sudah hilang semangat kesukanan.

Mujur kes saman itu dibuang...Baca di sini.



Susah wohhh kalau asyik mahu saman...sporting la...ini sukan lah, tak suka boleh berhenti atau pencen awal...itupun nasib baik wartawan hari ini sopan-sopan belaka...




Four Four Two's top 25 Malaysian footballers

$
0
0

I am certain one of the most difficult things to do is to compile a list of Malaysia's all-time best footballers. First of all it is subjective and most of us were too young to know of the golden years of the 60s and 70s. Kudos to Four Four Two Malaysia for this list of the top 25 footballers.



Selamat maju jaya kontinjen negara di Incheon

$
0
0
Sukan Asia ke-17 di Incheon bermula sudah. Biasalah RTM, TV3 dan Astro Arena bersaing memberi liputan terbaik.

Aku pun tumpang tui ajelah...


Burn dan Sharon Wee menjadi hos Di Ambang Sukan Asia, dengan ketua jurulatih olahraga, Robert Ballard serta ketua prestasti tinggi Institut Sukan Negara (ISN), Sean Sturgess, selaku tetamu dua segmen awal manakala aku dan penerbit Nadi Arena, Lukman Salleh, ditemu bual mengenai sasaran lapan pingat emas.

Buat semua anggota kontinjen di Incheon, sama ada atlet, pegawai dan media, selamat maju jaya.

Piala Malaysia 2014 - previu ringkas

$
0
0

Tahun lalu aku ke final Piala Malaysia sebagai penonton bersama jiran-jiran. Baca This is Pantai Timur final

Baca juga fasa hidupku di sini, Reviu final 2013 yang memihak kepada Pahang pula bertajuk kejayaan Pahang di tiga era berbeza

Hari ini aku bertugas, dengan misi khas membawakan serba sedikit kerja-kerja penyiaran di belakang tabir untuk dipaparkan dalam majalah digital Arena bulan depan, In Sha Allah.

Rumput Bermuda Princess 77 sudah sedia nampaknya selepas Stadium Nasional setahun ditutup, membentangkan laluan buat Johor Darul Takzim dan Pahang berentap menentukan juara sepanjang musim.

Dengan Liga Super dalam genggaman, JDT hanya 90 minit (atau lebih) daripada mendakap kejuaraan berganda, satu pencapaian cemerlang selepas melalui penjenamaan semula daripada asal-usulnya Johor FC.

Pahang pula terbukti sebuah Cup-winning side, menjulang Piala Sumbangsih awal tahun, disusuli Piala FA Jun lalu hasil rembatan deras jarak jauh anak jati Kluang dari Paloh, Faizol Hussain, dan sekali lagi tampil ke pentas final Piala Malaysia, buat kali kelima - dengan rekod juara 1983, naib juara 1984 serta juara 1992 dan 2013.


Kesetiaan Faizol tidak dipertikai.



Kejayaan Pahang membelasah Kedah 5-0 pada saingan kedua separuh akhir di Stadium Darulmakmur menunjukkan Tok Gajah sedang dalam mood untuk bermaharajalela. Namun apakah mereka sudah mencecah tahap prestasi tertinggi?

Sebagai juara bertahan, Pahang tahu yang lebih tertekan menjelang final ialah JDT, pasukan kelab yang tidak pernah merasai debar dan getar final sebesar ini.

Secara umumnya, Pahang dilihat mengutamakan etika sepasukan, didokong sentuhan individu seperti Dickson Nwakaeme (yang dikekang Razman Roslan dan Damion Stewart tahun lalu) dan R. Gopinathan.

JDT pula mara ke final dengan penuh gaya. Menewaskan Kelantan, ATM dan Terengganu dalam laluan ke Bukit Jalil. Pahang pula mengetepikan dua wakil Liga Perdana, Polis dan Kedah, untuk menempah tempat ke final.

Dilihat sebagai pasukan yang berteraskan individu, JDT menyandarkan harapan kepada Jorge Pereyra Diaz selaku pencetus inspirasi dan Lucho Figueroa selaku mesin pencetak gol, sesekali dibantu perencanaan Amri Yahyah dan Safiq Rahim.

Kedua-dua pasukan layak ke final.

Penyokong pula ikutlah cakap pihak berkuasa dan nikmati final dengan berhemah, sopan dan berlapang dada.

Astro Arena pula kemungkinan besar menyiarkan final ini selaku hos penyiar buat kali terakhir kerana Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sedang mempertimbang tiga bida - Astro-FoxSports, Telekom Malaysia-Media Prima dan Zenith Media-IMG.


Trak siaran luar Astro siap



Astro Arena akan bersiaran seawal tengah hari

Lazimnya aku bersikap objektif. Tetapi sesekali tidak salah memilih ikut sentimen. Disebabkan Johor tandus gelaran sejak 1991, pembawa nama Johor iaitu JDT berpeluang cerah menamatkan penantian. Jika empat serangkai Diaz, Figueroa, Safiq dan Amri mendapat sentuhan, harapan Zainal Abidin Hassan untuk menjulang Piala Malaysia selaku jurulatih buat kali pertama mungkin lebur.

Tentu sekali JDT mahu menghadiahkan Piala Malaysia sebagai hadiah perkahwinan bos mereka, Tengku Mahkora Johor (TMJ), tokoh pencetus revolusi bola sepak Johor yang tidak sepi daripada kontroversi. 

Baca laporan Malaysian Digest  di sini dan tontoni klip Dengan Izin.




Selamat berjaya buat kedua-dua pasukan. Bagi semua yang terbabit dalam final, semoga segala urusan dipermudahkan.

Bagi yang kalah, redha dengan kekalahan. Yang menang, nikmatilah kemenangan. Yang penting, bola sepak Malaysia dimartabatkan.




Seela calls it a day, finally

$
0
0
When Noraseela Mohd Khalid called me last week, I was terribly busy. Not only was I thinking of the diving workshop conducted by the National Sports Council (NSC) that I was supposed to moderate on but also other commitment that required my attention.

"I want you to write something for me..." Seela began her conversation.

"I am retiring...since you were the first journalist who wrote about me, I want you to be the first to write about my retirement..."

Ah, so we met over breakfast. The idea was for me to break the news...

But my apologies Seela, Harian Metro has beaten me to it...but I will provide a different angle.




After more than 17 years in the business of taking off, clearance and landing, hurdler Noraseela Mohd Khalid has called it a day.

Having struggled to overcome her heel spur injury which required endoscopic surgery in 2013, Noraseela felt it was best for her to hang up her spikes.

But the former Navy lieutenant is in two minds - whether she wants to become a coach in a highly technical event which propelled her to the record books or pursue her studies in Masters in Sports Science and later on a PhD.

"I wish to thank all my coaches - from my school days in SMK Selayang Baru, Cikgu Mahadzir Othman, right down to Edwin Ozolin, Nadia, Vladimir Simeonov (Bukit Jalil), Idriss Gonschinska (Leipzig) and Hennie Kriel (Pretoria).

"Also I wish to express my gratitude to all my sponsors, Asics, Oakley, Nike Malaysia and Siemens, particulary Tan Sri Rainer Althoff, as well as the National Sports Council, National Sports Institute and the Malaysian Athletics Federation (MAF). Without them, I would not have enjoyed such a career," said Seela, who made an appearance in the London Olympics in 2012.

In terms of milestones, Seela enjoys the distinction of being

# the first Malaysian hurdler to break the 60 sec barrier
# the first Malaysian woman athlete to enter the final of a track event in the Commonwealth Games, when she finished sixth in the Melbourne Games in 2006

A true product of the SM Sultan Abdul Aziz Shah (SAAS) in Kajang, Seela's emergence as a hurdler of calibre was chronicled by yours truly in the Malay Mail.

It began when she won the Sukma 1998 gold medal at the Shah Alam Stadium. She completed a golden debut in the Brunei SEA Games a year later, becoming the first Malaysian since 1977 to win the event after Jessica Lau and her 58.70s obliterated her previous best of 60.33s and the old national record of 60.23s registered in 1983 by Oon Yee Chan.

I was there at the terraces when Noraseela bagged the bronze in the Asian Championship in Jakarta a year later, then shared her disappointment in losing to Thai hurdler Wassana Winatho in the 2001 SEA Games, before she bounced back to regain the gold in Hanoi in 2003.

When I was invited by the German Embassy for a study trip to the land of Beckenbauer et al in 2005 ahead of the 2006 World Cup, I slotted in a visit to Leipzig to see for myself Seela's training conditions and whether all the money spent on her was justified.


At Herder Institute, Seela was exposed to Teutonic sophistication


Of course it was. But she has had to prove herself all over again to officials who are better off as politicians. Then again in her business, you are only as good as your last run.


On the day I departed from Leipzig to Frankfurt, I was taken on a city tour. Trouble was, I was on a bike...Seela took me to a kebab shop and a mosque. Upon my return, I submitted articles for the Malay Mail, The Sunday Mail and Berita Minggu.

She bounced back to win the gold in Laos in 2009 and Palembang (2011) but Seela's peak was probably in 2005-2006 when not only she registered her national mark of 56.02s in Regensburg, Germany but also bagged the Asian Championship silver medal in Incheon.

A silver medallist in the Asian Championship in Guangzhou in 2009. Noraseela featured in the World Championships twice in Edmonton, Canada in 2001 and Helsinki, Finland in 2005,


Certainly one of her most memorable moments in her career, bagging the bronze in the Doha Asian Games

The Doha winter chill did not stop her taking the bronze in the 2006 Asian Games, which was my last overseas assignment with the old Malay Mail.

Read my other articles on Seela here and here, Best of luck, Seela. I hope to see you back on the track, giving back to the discipline that had given you so much. Thanks for the memories.


Seela and Juzaili Samion speaking on adapting to life in Europe on Kafe Sukan in 2013


When I was 20kgs lighter







ends

Kafe Sukan - lima tahun sudah berlalu

$
0
0

Tidak mungkin aku lupa detik perjumpaan aku bersama dua tulang belakang yang menjadi perintis Astro Arena. Lewat 2009, pengurus besar Astro Arena, Matt McKeown, basah kuyup menghulurkan salamnya sambil diiringi Venu Ramadass. Perjumpaan itu diatur Venu, pengurus saluran, selepas sahabatku, Saniboey Ismail, memaklumkan kepada aku bahawa aku ada peranan di saluran sukan itu.
Catatan pertemuan dengan Matt Farewell Matt McKeown. Astro Arena 801 dilancarkan dalam satu majlis gilang-gemilang, sebagaimana catatanku di sini



Apabila Kafe Sukan berusia dua tahun, aku catat two years on. Ahad lalu, Kafe Sukan, cetusan ilham Slamet Sazly Yakub yang bermodelkan program terbitan Fox Sports Australia, Back Page Live, genap berusia lima tahun.



Ini program Back Page terbitan Foxsports Australia yang disebut oleh Matt dalam pertemuan kami



Ini promo pertama kami...dibuat selepas episod yang kedua atau ketiga



Bersiaran buat kali pertama 29 Mac, 2010 dengan tetamu jemputan Chris Raj dan Haresh Deol


Aku menegaskan kepada Slamet bahawa Datuk K. Rajagobal mesti diundang ke Kafe Sukan, jadi aku mengurus segala-galanya. Baca di sini




Kafe Sukan membawakan tetamu yang relevan dengan isu semasa. Misalnya Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin tampil bersama Lim Teong Kim membincangkan Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) atau NFDP





Sempena pelancaran bukunya, Datuk Lee Chong Wei turut menghiasi Kafe Sukan




Sebelum Kafe Sukan bersiaran langsung sejak awal tahun, program ini bersiaran secara langsung hanya sesekali, termasuk di Lagenda 17 milik Zainal Abidin Hassan, imbas kembali live di Lagenda 17, di SportsDirect.Com di Petaling Jaya, baca Kafe Sukan secara langsung dan di Kolej Komuniti Selayang serta di Kota Bharu di perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke-IV. Baca Kafe Sukan ke Kota Bharu



Kafe Sukan juga bersiaran secara langsung dari Kolej Komuniti Selayang




Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Datuk Ahmad Razlan Razali, menjelaskan kewujudan pasukan SIC dalam Moto3




Dollah Salleh dan Zainal Abidin Hassan dibawa ke studio bagi mengulas kejayaan Pahang merangkul Piala Malaysia 2013

Kafe Sukan sebenarnya mengubah kerjaya aku. Daripada seorang wartawan media cetak yang diberi ruang di RTM sejak 2006, bersama satu segmen khas dalam Wisel Penamat yang membawa aku kepada Kafe Sukan, dari situ Slamet menawarkan aku peluang menjadi hos Grandstand Ahad dan Dengan Izin.


Slamet berkongsi pengalaman menerbitkan Kafe Sukan pada awal kewujudannya bersama Akbar Sahari


Sepanjang lima tahun Kafe Sukan bersiaran, aku bukan saja belajar banyak benda bahkan buat kawan atas talian. Antaranya pensyarah program kulinari Kolej Komuniti Selayang, Zafarul Aswad. Baca Aswad dan sandwich ayamnya. Dia memutuskan menyediakan kek ulang tahun kelima bersama nasi mentega dan terrine de poulet untuk krew yang sebelum itu sudahpun menjamu selera dengan roti jala, KFC dan kuih-muih! Kepada Pengarah Kolej Komuniti Selayang, Puan Roslina Lapanditah, Aswad dan pelajarnya, terima kasih atas penghargaan kepada kami!


Krew ambil kesempatan bergambar bersama tetamu Chris Raj dan Slamet serta penyumbang kek


Chef Aswad bersama waghihnya Akbar


Tiga tenaga Kafe Sukan sejak awal - Slamet, Akbar dan aku dipaksa berlakon



CEO FMLLP jawab soalan Ultras Malaya

$
0
0

 Berikut kiriman emel daripada Kevin Ramalingam, Ketua Pegawai Eksekutif Usaha sama Liabiliti Bola Sepak Malaysia atau Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) susulan beberapa persoalan yang berlegar dalam minda penyokong berhubung usaha Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menswastakan Liga Super dan Liga Perdana bermula musim depan.

Seperti yang Kevin janjikan dalam program Kafe Sukan siaran Astro Arena malam tadi untuk menjawab beberapa persoalan yang dilontarkan menerusi twitter Ultras Malaya, saya cut and paste jawapannya. Saya sekadar membuat beberapa pindaan dari segi ejaan.  



Dear Rizal,

Ini adalah jawapan saya kepada soalan-­‐soalan yang Rizal ajukan pada saya waktu di Kafe Sukan.

Harap ini memadai dan mohon maaf atas kesukaran untuk menjawab semua soalan di alam twitter atau facebook sebab jika saya fokus pada alam media sosial agak susah untuk saya fokus pada perjalanan transformasi yang kini sedang maju dengan momentum yang memberangsangkan.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada penyokong-­‐penyokong individu, kelab-­‐kelab penyokong dan ultras yang sentiasa prihatin dan membakar semangat pemain-­‐pemain serta pasukan yang disokong termasuk kami yang bertugas di dalam industri bola sepak Malaysia ini.

Ternyata, tanpa anda arena bola sepak Malaysia tidak akan sehangat dan menarik seperti sedia kala.

Banyak yang telah saya pelajari dari perjuangan penyokong dan ultras di Malaysia termasuk dari Gate H Boys, KPBSK, TRWNS & TRWKB sewaktu di TRW dahulu dan juga dari kelab-­kelab penyokong yang lain dari pasukan-­‐pasukan dari Liga Super dan Perdana.

Pengalaman ini amat saya hargai. Perjuangan penyokong akan sentiasa saya hormati. Oleh itu, saya rasa perlu saya cuba menjawab soalan-­soalan ini sebaik mungkin supaya mereka dapat memahami sedikit sebanyak apa yang sedang berlaku kerana nyata terdapat sedikit kekeliruan di kalangan penyokong.

Maafkan saya jika jawapan yang diberi tidak memadai dan perlu diberi penerangan lagi. Saya akan cuba menerangkan sebaik mungkin dan kalau kita perlu berjumpa untuk keterangan lanjut saya sentiasa terbuka kepada cadangan.

1. Kenapa MP & Silva tidak dilantik sebelum semua pihak memulakan bidaan hak penyiaran?

Soalan ini saya telah cuba menjawab di Kafe Sukan tadi. Apa yang saya nyatakan ialah bahawa proses bidaan pada mulanya telah melibatkan 3 pihak. Ketiga-­tiga pihak menyerahkan proposal yang berbeza dari segi struktur, pengurusan, penyiaran serta komersial. Ini adalah kerana bidaan ini telah dijemput atas dasar proposal dan pihak FAM agak sukar untuk menilai bidaan dengan cara ini. Untuk memberi peluang yang adil kepada pembida-­pembida yang asal ini, setelah struktur yang baru telah diwujudkan, dokumen tender telah dikeluarkan untuk pembida ini di mana, dengan dokumen ini sebagai garis panduan, pembida diminta mengemukakan semula bidaan di dalam keadaan di mana bidaan ini dapat dibandingkan dari segi asas atau dasar yang selari dan bukan lagi berbeza seperti sediakala. Apabila pembida asal ini memilih untuk tidak meneruskan bidaan mereka, maka sebuah penyelesaian perlu untuk bergerak ke hadapan dan rundingan dengan MP & Silva telah dibuat hanya pada waktu ini. Oleh sebab ini, MP & Silva tidak terlibat sebelum bidaan asal.

2. Siapa yang memintas fungsi Exco FAM sebagai decision-­‐maker & mengarahkan pelantikan MP & Silva sebagai penasihat? 

Saya rasa soalan ini bukan untuk saya menjawab tetapi berdasarkan pengalaman saya sepanjang proses penswastaan ini, saya dapati bahawa pihak Exco FAM yang telah membuat keputusan di setiap anak tangga proses penswastaan ini.

3. Mengapa FAM mahu pasukan dan liga musim ini mangsa cacamarba dengan pelantikan MP & Silva pada saat akhir?

Saya rasa dari segi keputusan, keputusan yang terbaik telah dicapai. Ya, timing mungkin sedikit lambat. Tetapi kalau kita lihat dari segi keseluruhan, kita sekarang bergerak ke arah yang betul. Lambatnya keputusan FAM tempoh hari bukan disengajakan, tetapi dalam memilih jalan terbaik sedikit pengorbanan dari semua pihak mungkin perlu.

4. Adakah MP & Silva bukti kepercayaan kepada fungsi Exco FAM sebagai decision-­‐maker telah hilang?

Saya rasa tidak. Fungsi Exco FAM tetap ada dari segi skop urusan FAM. Pelantikan MP & Silva tidak menampakkan hilangnya kepercayaan tetapi mungkin menunjukkan bahawa pihak Exco FAM sedar bahawa mendapat khidmat nasihat dari pihak yang mahir di dalam bidang tertentu adalah perlu untuk bergerak ke arah pencapaian yang cemerlang. Syarikat-­syarikat serta persatuan-­‐persatuan terbesar di dunia menggunakan khidmat nasihat konsultan atau advisor dalam merangka masa depan syarikat atau persatuan mereka. Ini termasuk di dalam proses decision-­making. Jikalau advisor berkenaan mempunyai pengalaman dalam bidang itu, dan dapat membantu dalam proses itu, saya rasa ia tindakan yang bagus.

5. Adakah pelantikan @kevinramalingam merupakan token khidmat syarikat beliau, sebelum pelantikan MP & Silva?

Saya amat berterima kasih kerana diberi peluang untuk melakukan sesuatu yang dapat mengubah haluan bolasepak Malaysia dan berkhidmat untuk semua. Saya melalui proses interview untuk dilantik sebagai CEO ini, tapi saya rasa memang saya ada sedikit kelebihan sewaktu temuduga itu. Kelebihan ini ialah kerana saya terlibat dalam proses penswastaan ini dan memahami apa yang telah dan masih lagi perlu dilakukan. Kelebihan ini juga ternyata dari segi pengalaman di mana saya telah menimba pengalaman bersama pasukan di dalam liga Malaysia serta telah lama menjalin hubungan yang baik dengan kebanyakan pasukan di dalam liga. Saya memahami keperluan dari segi pasukan dan sekarang dari segi liga dan mampu berusaha mencari keseimbangan yang perlu. Kerja saya di bidang komersial dalam industri sukan tempatan juga terbukti. Pemahaman industri ini akan saya ketengahkan untuk memastikan kepentingan semua stakeholder termasuk penyokong dan media terpelihara sepanjang perjalanan yang penuh mencabar ini. Saya berharap bahawa keputusan pelantikan saya dibuat atas kebolehan saya, tetapi kalau ia dibuat sebagai token sekalipun saya rasa yang penting ialah untuk saya pastikan pelantikan ini tidak sia-­sia dan buktikan bahawa Football Malaysia LLP mempunyai seorang CEO yang komited kepada perubahan, progres dan pencapaian.

6. Adakah situasi cacamarba penyiaran musim ini bukti FAM tak bersedia walau telah memulakan bengkel penswastaan pada 2013?

Saya rasa oleh kerana perubahan yang kini sedang dilakukan amat besar sekali, walau bersedia macam mana sekali pun kita akan menghadapi keadaan yang tidak diduga. Yang penting kini ia sedang berlaku. Dan penswastaan yang diwar-­warkan selama ini telah menjadi realiti.

7. Adakah hak penyiaran musim ini dibayar mengikut matchday, mengakibatkan sesetengah matchday tidak disiar langsung?

Hak penyiaran musim ini bukan dibayar mengikut matchday. Penyiar Media Prima dan RTM telah dan sedang cuba sedaya upaya untuk mencapai tahap siaran yang lebih memuaskan. Saya rasa memang kita dapat lihat penambah baikan yang sedang dilakukan dari segi penyampaian dan siaran kalau dibandingkan dengan awal musim. Realitinya ialah dengan jadual stesen tv “free-­to-­air” tidak semua perlawanan dapat disiarkan.

8. Adakah kelembapan FAM menjana hasil siaran berupa geran musim ini punca sesetengah pasukan liga hampir gulung tikar? 

Ini mungkin perlu jawapan daripada seorang pegawai FAM, tetapi oleh kerana saya ada sedikit pengetahuan dalam isu ini saya rasa jawapannya tidak oleh kerana walaupun dengan kekangan yang harus dilalui, disebabkan “survival-­‐ clauses” dan sebagainya dari kontrak-­‐kontrak lepas, FAM telah memberi geran yang lebih besar tahun ini berbanding pada tahun-­‐tahun lepas. Jadi sukar untuk kita katakan bahawa FAM bersalah dari segi ini.

9. Adakah benar proses decision-­making oleh FAM dipengaruhi pihak-­pihak luar & Exco FAM hanya boneka?

Saya rasa jawapan ini sama seperti jawapan no. 2 di atas di mana berdasarkan pengalaman saya pihak Exco FAM yang membuat keputusan.

10. Berapa banyak wang rakyat telah dibelanja untuk RTM bayar hak siaran kepada MP & Silva?

Buat masa ini pihak RTM tidak ada apa-­‐apa perjanjian sedmikian. Harus diingat bahawa setiap kontrak hak siaran akan dibuat antara Football Malaysia LLP dan penyiar. Jadi jikalau RTM mengikat perjanjian siaran di masa akan datang, maka bayaran siaran itu akan dibuat kepada Football Malaysia LLP di mana Football Malaysia LLP akan mengedarkan wang tersebut mengikut pecahan yang ditetapkan kepada pihak pasukan-­‐pasukan, FAM, operasi liga dan pembangunan pengadil serta remaja.

11. Kalau MP & Silva janjikan RM70 juta semusim kepada FAM, berapa juta MP & Silva janjikan pada diri sendiri?

Pelaburan MP & Silva sebanyak RM70 juta semusim itu adalah minimum yang dijamin oleh pihak mereka atas penglibatan mereka sebagai penasihat di dalam sektor pengurusan hak-­hak siaran dan komersial. Jika kita tidak mencapai RM70 juta ini dari segi jualan siaran serta tajaan, maka MP & Silva akan membayar Football Malaysia LLP baki yang tidak mencukupi itu. Dengan ini, pihak yang terlibat di dalam liga Malaysia akan pasti bahawa minimum pendapatan yang akan diagihkan setahun itu adalah RM70 juta (untuk 6 tahun pertama). Jumlah ini meningkat selepas itu setiap 3 tahun. Untuk mendorong MP & Silva untuk memberi kita jaminan ini, pihak MP & Silva telah diberi peluang untuk meraih keuntungan tetapi hanya selepas RM70 juta diterima sepenuhnya terlebih dahulu. Keuntungan ini sebanyak 20%. Jadi, kalau ada pendapatan atas daripada RM70 juta maka ya pihak MP & Silva akan mendapat keuntungan sebanyak 20%. Maka, RM70 juta bersih kepada bola sepak Malaysia dahulu, baru mereka dapat mula meraih keuntungan 20% atas daripada itu.

12. MP & Silva punya jutaan RM ditunjukkan dalam carta pai mana?

Oleh kerana carta itu menunjukkan apa yang akan diagihkan kepada stakeholder dan operasi dari RM70 juta yang bakal diterima setiap tahun, maka tiada bahagian MP & Silva di dalam carta itu. Harus diingat, keuntungan MP & Silva tidak terjamin. Mereka akan hanya mendapat keuntungan jikalau dapat merangka pelan serta pakej jualan hak siaran serta tajaan yang membolehkan Football Malaysia LLP mendapat RM70 juta dahulu. Jika mereka gagal, mereka bertanggungjawab secara kontrak untuk membayar Football Malaysia LLP bahagian yang kurang itu. Inilah tanggungjawab utama MP & Silva. Jadi keuntungan MP & Silva boleh jadi RM1 juta atau RM10 juta (tidak tetap) atau mungkin juga mengalami kerugian. Yang penting unutk kita kita akan mendapat RM70 juta minimum kerana pendapatan kita tidak terhad kepada pendapatan dari MP & Silva sahaja.

Diharap jawapan di atas dapat membantu pihak penyokong untuk memahami apa yang sedang berlaku. Jika ada apa-­‐apa kekurangan, saya harap suadara-­saudari maafkan. Bola sepak Malaysia, Liga Malaysia, Football Malaysia LLP dan saya sendiri amat memerlukan sokongan daripada pihak penyokong untuk menjayakan penswastaan ini dan untuk kita membina agihan kepada setiap pasukan kepada jumlah yang sebesar mungkin. Saya akan juga memastikan bahawa pihak kami menyediakan senarai jawapan kepada soalan-­soalan lazim untuk merungkai persoalan-­persoalan yang ada di minda penyokong. Jawapan ini akan saya cuba edarkan sama ada di laman sosial, web atau media bertulis.

Minta saudara-­saudari memberi kami sedikit masa untuk berbuat demikian kerana kami masih lagi di tahap persediaan dari aspek operasi. Saya faham bahawa kekangan kemampuan pelaksanaan yang lepas mungkin menjadikan sesetengah pihak sukar untuk mempercayai bahawa ini sedang berlaku dan sedang berlaku dengan sebaik mungkin.

Diharap lambat-laun saudara-saudari dapat melihat penswastaan ini dengan minda yang terbuka serta positif. Percayalah bahawa Football Malaysia LLP akan dianggotai dan diurus dengan prihatin kepada semua stakeholder serta komitmen untuk melakukan yang terbaik untuk masa depan bola sepak Malaysia secara keseluruhan.

Yang penting sekarang adalah pembuka episod baharu yang kita akan cuba corakkan bersama. Adalah menjadi harapan kami bahawa pihak penyokong akan terus memberi sokongan kepada bola sepak Malaysia serta pasukan saya di Football Malaysia LLP untuk membolehkan kami menjadi penggerak transformasi di arena bola sepak Malaysia ini.

Tanggungjawab ini amat berat sekali, dan kami memerlukan bantuan semua.

 #SupportMalaysianFootball

 Kevin Ramalingam CEO – Football Malaysia LLP


Cynical and audacious

$
0
0
Because my column in Four-Four-Two is not online, I will be sharing share a few in my blog from time to time.

This piece appeared in July 2014. A year ago.


THE thought of having a talk-show to call my own never crossed my mind, even when I was invited to be part of Astro Arena’s pioneering team of talent when Malaysia’s first sports channel was launched in 2010.

In my meeting with the late Astro Arena general manager Matt McKeown and channel manager, Venu Ramadass in November 2009, months before Arena came into being, the discussion centred on my role as a blogger in an issue-based talk show.

Matt had already made up his mind in wanting me to be part of the show modelled after Fox Sports Australia’s The Back Page, which looks at big issues surrounding Aussie sports, despite not having finalised the host.

Kafe Sukan was to become one of Arena’s signature shows and I was happy to be sharing my thoughts on air as well as reading viewers’ comments from the various social media platforms.

A year on, Slamet Sazly Yakub, Astro Arena’s head of content creation, threw the idea of having a hard-talk show with me as the host.

Slamet had already conceptualised the studio set to be dark to give the impression to the guest that he is in a torture chamber.

The host must be cynical, audacious and not afraid to ask the right and relevant questions, no matter how controversial they are. Slamet insisted I was the right man for the job. I was hesitant.

I was no TV man. I was just a journalist who happened to be given a shot at sharing my views on TV.

It took me weeks before I had the courage to say yes to Slamet, who coined the title Dengan Izin, or loosely translated means Allow Me or With Permission, a term used by Malaysian lawmakers if they want to hammer home a point of debate in a language other than Bahasa Malaysia in Parliament.

There was also another catch. Slamet wanted me to project a serious demeanour, a no-nonsense style that is intended to provoke the guests. This is in contrast to my good natured self.

Arena’s managing editor Dez Corkhill’s message was very simple. “We want you to be a b******d in the show. Grill your guests.”

Because of this, I suffered sleepless nights ahead of the first broadcast. I did not think the audience were ready for a talk-show that provoked and gave little room for the guests to answer.

From the first guest former badminton star Razif Sidek in April 2011 to Johor Darul Takzim FC supremo Tunku Ismail Sultan Ibrahim which was shown live in May, Dengan Izin survived four seasons, having featured 46 guests over 48 episodes.

Reaction and feedback was mixed. Some consider the show an eye-opener, while others believed I was kurang ajar and the questions were designed to embarrass the guests.

Yes, the truth be told, using the word difficult in getting guests for the show is an understatement.

Many officials baulked at the idea of coming to the show.

To the likes of former Selangor skipper, Malek Rahman, who disclosed the modus operandi of football match fixers and athletics coach Harun Rasheed Othuman’s exclusive revelation of a conversation ahead of a doping scandal involving a few track and field athletes, I say thanks.

Read this posting in 2012



Former assistant general secretary of FAM, Datuk Ahmad Fuad Daud in 2012


To a long list of VIPs that took the trouble to make the show a success, namely Tunku Ismail, Tan Sri Annuar Musa, Datuk Ahmad Ismail, Datuk Seri Nadzmi Salleh, Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz, Datuk Azzuddin Ahmad, Datuk Hamidin Mohd Amin, Tan Sri Abdul Razak Latiff, Datuk Seri Shahidan Kassim , Datuk Seri Subahan Kamal and Khairy Jamaluddin, allow me to express my gratitude.

One thing is for certain, very few can host Dengan Izin, if I may add. And it is a TV show, a show designed to entertain. If I have the licence to ask tough questions, Dengan Izin gives those occupying the hot-seat equal opportunity to shoot back and trap the host. Very few can take as hard as they give.

"Life is not about how hard of a hit you can give, it's about how many you can take, and still keep moving forward."

Referees are convenient scapegoats

$
0
0
This article appeared in the August, 2014 issue of Four-Four-Two Malaysia.


REFEREES ARE CONVENIENT SCAPEGOATS

I was in my late teens, years away from earning my journalistic stripes, when I noticed two familiar figures in a black and white group photo, taken probably in the 60s.

Much to my pleasant surprise, my late father was the referee in a match held somewhere remote, as I later discovered.

The other instantly recognisable face was that of Peter Velappan, who went on to become arguably Asia’s most influential football leader for more than three decades.

It is a shame that the photo has perished. Because of that picture, I found out my dad earned his Level 3 refereeing badge in Johor and that match was held in an estate.

He was a contemporary of Johor referee, the late Othman Kamaluddin, known as OK in the football circle those days.

While my dad did not pursue a career in refereeing, Othman on many occasions took centrestage in the Malaysia Cup and Merdeka Tournament in the 80s.

Othman came from a generation of renowned referees, foremost among them Batu Pahat-born teacher, Datuk George Joseph, who shared the pitch with Diego Maradona in the FIFA Under-20 World Cup in Tokyo in 1979.

George, Tan Sri Zain Hashim, T. Nadarajah, S. Kathiravale, Mohd Noor Saud, Patrick Nice, Koh Guan Kiat, Steven Ovinis, Mohd Nazri Abdullah and Nik Ahmad Yaakub to name a few, were the pride of the nation, without getting the opportunity to officiate at the most prestigious sporting extravaganza - the World Cup.

Penang’s Subkhiddin Mohd Salleh did. He earned the distinction at the age of 43 and four months, one year shy of the FIFA age limit, at the South Africa edition in 2010. Halim Hamid and Mat Lazim Awang Hamad were appointed as linesmen in France’98 and Korea/Japan 2002 respectively.

A member of the FIFA referees’ committee, Subkhiddin, was again in Brazil 2014, as the referee technical instructor tasked to analyse referees’ performance for immediate appraisal the following day.

These days, Malaysian referees, however, remain a subject of hate, ridicule and convenient scapegoats of match-fixing allegations.

With the advent of technology and the freedom of expression enjoyed by keyboard warriors, referees have been put under greater scrutiny than ever before.

It does not help matters when M-League matches are laden with questionable decisions from referees.

As a result a huge chunk of criticism directed at the FA of Malaysia (FAM) centred around the perceived incompetence of match officials.

Behind the scenes though, the referees department of FAM have been working quietly to help raise the standard of refereeing.

While goal-line technology that determined Karim Benzema’s effort against Honduras in Brasil 2014 was a legitimate goal may be too expensive to be implemented in this region, FAM have begun to experiment with strategically located additional assistant referees.

FAM has endeavoured to launch the Gemilang Project, with the aim of producing a referee qualified enough to be picked on merit for the 2022 World Cup in Qatar.

They are also toying with the idea of Introducing radio communication system and electronic flags.

As of 2013, four referees - Nagor Amir Noor Mohamed, Amirul Izwan Yaccob, Nafeez Wahab and Suhaizi Shukri – are the select few who have earned the FIFA badge, while six former referees or assistant referees are FIFA/AFC instructors. This means Subkhiddin, C Ravichandran, Rodzali Yacob, Ahmad Khalidi Supian, Azimi Abdullah and S. Selerajan are master referees who teach others how to become better match officials.

FAM’s grouse remains the lack of referees coming through the system. The original source of referees remains the States but very little opportunity is given to them to hone their skills as the number of inter-district, inter-club tournaments or State leagues for them to cut their teeth has dwindled.

The idea of professional referees is not entirely new. But do we have the financial muscle to pull it through?

Japanese professional referees earn as much as US$10,000 a month, while English referees’ annual salary can come up to RM300,000.

FAM have agreed in principle to appoint 10 referees as professionals but they do not guarantee an error-free match.

To err is human, by the way.

But FAM can start to effect changes by having a separate body to manage and appoint referees for Super League and Malaysia Cup matches. This will help to protect FAM’s integrity and the sanctity of every match.

Then again, as Brazil 2014 suggested, referees are prone to making questionable decisions even at the highest level where the stakes are much higher.

Alas Malaysians in general must realise, since Harimau Malaya appear to be stuck in a perpetual darkness, referees are our only saving grace and best hope to represent the country at the grandest football extravaganza of all – the World Cup.

ends

Viewing all 72 articles
Browse latest View live